Share

Facebook icon Twitter icon Mail icon
Komuniti di Johor Bersatu Menyambut Hari Gajah Sedunia 2025: Hidup Harmoni Bersama Gajah #warisanuntukmasahadapan
Komuniti di Johor Bersatu Menyambut Hari Gajah Sedunia 2025: Hidup Harmoni Bersama Gajah #warisanuntukmasahadapan
News 25 Sep 2025

Komuniti di Johor Bersatu Menyambut Hari Gajah Sedunia 2025: Hidup Harmoni Bersama Gajah #warisanuntukmasahadapan

Johor – 25 September 2025 – Komuniti, agensi kerajaan, dan rakan kongsi berkumpul hari ini di Felda Tenggaroh 5, Johor, bagi memperingati Hari Gajah Sedunia 2025. Acara yang diadakan di bawah tema Hidup Harmoni Bersama Gajah #warisanuntukmasadepan ini menonjolkan usaha bersama FELDA, Jawatankuasa Sungai Ara Human-Elephant Coexistence (HEC), and Earthworm Foundation bagi memupuk kehidupan bersama demi manfaat bersama manusia dan hidupan liar.

Sambutan tahun ini membina momentum daripada Hari Gajah Sedunia Johor tahun lalu yang menumpukan kepada peningkatan kesedaran mengenai kehidupan bersama. Pada 2025, program ini memperkenalkan kemajuan konkrit, termasuk pelancaran Jawatankuasa Peta Cerita Sungai Ara Human-Elephant Coexistence (HEC), yang memaparkan strategi yang dipacu oleh komuniti untuk mengurus lebih 8,400 hektar tanah pertanian, kawasan semula jadi, dan penempatan di bawah Zon Pengurusan Gajah.

Dari rasa takut kepada rasa kenal, komuniti menemui sisi penyayang gajah melalui pengalaman langsung semasa sambutan Hari Gajah Sedunia 2025 di Johor.

Sorotan utama pada hari tersebut ialah kehadiran dua ekor gajah, Panti dan Pes, yang membolehkan komuniti, terutamanya kanak-kanak dan pekebun kecil, berinteraksi secara langsung dengan gajah-gajah penyayang ini. Pengalaman jarang dan secara langsung ini membantu memperdalam pemahaman, membina empati, serta mengurangkan rasa takut dengan mewujudkan keakraban antara manusia dan gajah.

Encik Safiai, Pengerusi Jawatankuasa HEC Sungai Ara, menyatakan, “Melalui jawatankuasa ini, kami telah menetapkan langkah-langkah yang jelas setiap kali gajah mendekat — termasuk rondaan, pemberian amaran awal, dan membimbing gajah kembali dengan selamat. Namun, pengurusan kawasan ini bukan tanggungjawab komuniti semata-mata. Dengan sokongan daripada agensi kerajaan, NGO, dan rakan kongsi, kami dapat melindungi ladang kami sambil memastikan gajah terus hidup dengan selamat di habitat asal mereka. Kerjasama ini membuktikan bahawa apabila semua pihak bergabung, penyelesaian yang berkesan boleh dicapai.”

Pegawai Daerah Mersing, Hj Jamil Hasni Bin Abdullah menegaskan kepentingan ekologi dan budaya gajah, “Gajah bukan sahaja hidupan liar, tetapi juga spesies penting yang menyumbang kepada kesihatan hutan dan ekosistem kita. Kita tidak boleh melihat mereka hanya sebagai ancaman kepada tanaman atau kawasan penempatan. Sebaliknya, kita perlu mencari keseimbangan supaya pembangunan dan pemuliharaan dapat berjalan serentak. Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah keselamatan, komuniti dapat melindungi sumber pendapatan mereka serta memastikan kelangsungan hidup gajah sebagai sebahagian daripada warisan alam kita.”

Pegawai Daerah Mersing, Hj Jamil Hasni Bin Abdullah, melawat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) untuk mempelajari mengenai sistem amaran awal.

Dari perspektif industri, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menegaskan kepentingan keselamatan dan tanggungjawab dalam usaha hidup bersama. Zool Hilmi Zahani Bin Haron, Pengarah Jabatan Penanaman Semula FELDA, menyatakan, “Pemuliharaan dan kehidupan bersama gajah mesti seiring dengan keselamatan komuniti. Memandangkan kita tinggal dan bekerja dalam kawasan jelajah gajah, amat penting untuk kita mematuhi langkah keselamatan yang betul, sentiasa berwaspada, dan bertindak dengan penuh tanggungjawab. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja melindungi diri dan sumber rezeki kita, tetapi juga memastikan gajah terus hidup subur dalam alam sekitar yang kita kongsi bersama.”

Kiah Hui Ooi, Wakil Negara Earthworm Foundation di Malaysia, menekankan bahawa acara tahunan ini lebih daripada sekadar satu upacara, “Apa yang kita saksikan hari ini adalah sebahagian daripada usaha jangka panjang dalam pengurusan landskap di Southern Central Forest Spine (SCFS) landscape untuk membina petani yang lebih berdaya tahan, melindungi hutan, dan mewujudkan keharmonian antara manusia dan gajah. Hidup bersama tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata; ia memerlukan kepercayaan, komitmen, dan tindakan kolektif. Johor sedang menunjukkan bagaimana kerajaan, komuniti, pihak industri, dan NGO boleh berganding bahu untuk mencipta penyelesaian yang berkekalan untuk generasi akan datang.”

Jawatankuasa HEC Sungai Ara, yang ditubuhkan pada Oktober 2023, terdiri daripada pemimpin tempatan, wakil Pejabat Daerah Kota Tinggi, agensi kerajaan, syarikat perladangan, dan badan bukan kerajaan (NGO). Bersama-sama, mereka telah membangunkan Carta Keputusan yang merangkumi tindak balas terhadap kira-kira 20 situasi berbeza melibatkan interaksi manusia dan gajah. Setiap senario — daripada mengesan kesan kehadiran gajah hinggalah menangani tingkah laku agresif — diurus secara sistematik bagi memastikan keselamatan komuniti sambil melindungi gajah serta habitat hutan mereka.

Sambutan ini turut menampilkan pertandingan antara pelajar, pameran, dan aktiviti kesedaran yang dirangka untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu pemimpin pemuliharaan. Rakan-rakan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dana Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF), komuniti setempat, dan NGO mengulangi komitmen mereka untuk memperkukuh usaha hidup bersama di landskap SCFS Johor.

Hari Gajah Sedunia 2025 di Johor menjadi peringatan bahawa perlindungan terhadap gajah bukan sekadar soal pemuliharaan hidupan liar, tetapi juga berkait rapat dengan pemeliharaan warisan budaya dan ekologi. Dengan kerjasama yang berterusan, komuniti di Johor menunjukkan bahawa manusia dan gajah boleh berkongsi tanah dengan harmoni — satu legasi sebenar untuk masa hadapan.

Dari kiri ke kanan: Wakil Negara Malaysia Earthworm Foundation, Encik Ooi Kiah Hui; Pengerusi Jawatankuasa HEC Sungai Ara, Encik Safiai Mohamad; Pengawal Wilayah FGV (Felda Global Ventures) Kawasan Mersing, Encik Mohd Azani Ab Latif; Pengarah Wilayah FELDA Kawasan Johor Bahru, Encik Mohd Helmi Fakhzan Bin Abd Wahab; Pegawai Daerah Mersing, Tuan Hj. Jamil Hasni Bin Abdullah; Pengarah Jabatan Penanaman Semula, Encik Zool Hilmi Zahini Bin Haron; Wakil Rasmi Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kota Tinggi, Encik Ramdan Bin Rokman; Wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Encik Azrul Bin Abd Manan; Penolong Penyelarasan Cawangan Zon 1, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Encik Alif Fikri Bin Aripin.

Hubungi

Sheila Kartika, Pengurus Komunikasi Earthworm Foundation

+62856-887-1996 or s.putri@earthworm.org  

 

Mengenai Earthworm Foundation

Earthworm Foundation adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berfokus pada impak, bekerjasama dengan perniagaan, masyarakat sivil, komuniti, kerajaan dan pihak lain untuk menangani isu-isu alam sekitar dan sosial dalam landskap sumber dan rantaian bekalan. Pasukan pakar kami dalam rantaian bekalan, sosial, dan alam sekitar beroperasi di lima benua, berusaha untuk memperbaiki keadaan individu, hutan, dan tanah yang terjejas oleh pengeluaran koko, pembungkusan, minyak sawit, getah, dan komoditi lain. Dengan rangkaian lebih daripada 100 ahli dan rakan kongsi, yayasan kami berdedikasi untuk melaksanakan komitmen sumber bertanggungjawab dalam rantaian bekalan serta mencipta penyelesaian praktikal untuk menangani cabaran sosial dan alam sekitar di pelbagai landskap sumber.

Ketahui lebih lanjut diwww.earthworm.org.

Topik menarik bagi Anda...

27 Sep 2024

Sambutan Hari Gajah Sedunia 2024: Memperkasakan Belia, Penjaga untuk Keharmonian Manusia-Gajah di Sabah

12 Jun 2025

Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) dan Earthworm Foundation berganding bahu lindungi kanak-kanak di Institusi Pendidikan Sabah

8 Okt 2024

Earthworm Foundation Convenes Roundtable Discussion on Ethical Recruitment in Sabah